Kerajaan luluskan perjawatan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar PDRM – KPN

Kerajaan luluskan perjawatan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar PDRM – KPN

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) kini mempunyai unit baru iaitu Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar atau “Wildlife Crime Bureau” (WCB) dalam usaha kerajaan melindung hidupan liar serta memastikan khazanah negara kekal terpelihara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas kepercayaan yang diberikan dan kelulusan unit berkenaan.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan diatas kepercayaan yang diberikan kepada PDRM melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dengan meluluskan perjawatanan baru iaitu Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar.

“Sekalung tahniah kepada pegawai yang diberikan kepercayaan sebagai perintis dalam unit baru ini.

“Adalah diharapkan anda dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya demi memastikan hidupan liar dilindungi serta khazanah negara kekal terpelihara,” katanya ketika semasa menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara (KPN) di Bukit Aman, hari ini.

Dalam ucapannya, beliau turut berbangga atas kejayaan berterusan yang dilakar oleh Jabatan KDNKA menerusi Op Kontraban bagi membanteras ketirisan hasil cukai negara.

“Diharapkan KDNKA dapat meneruskan kerjasama dengan agensi lain dalam membanteras aktiviti kontraband dan penyeludupan sekaligus membendung ketirisan hasil cukai negara,” katanya.

Perhimpunan Bulanan itu turut dihadiri Timbalan KPN, Tan Sri Razarudin Husain, Pengarah Jabatan KDNKA Datuk Seri Hazani Ghazali dan barisan Pengarah PDRM. – Malaysiapost

Komen