PM teruja luang masa bersama Keluarga Malaysia di New York

PM teruja luang masa bersama Keluarga Malaysia di New York

KELUARGA Malaysia di luar negara menjadi duta kecil dalam membawa imej positif negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, konsep Keluarga Malaysia bukan retorik atau slogan semata-mata, tetapi semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara.

Justeru, Ismail Sabri berharap Keluarga Malaysia yang berada di Amerika Syarikat untuk terus memanfaatkan keluarga mereka termasuk masyarakat.

“Sementara saya di New York, sudah pasti saya teruja dapat meluangkan masa bersama Keluarga Malaysia di sini.

“Mereka adalah ‘Duta Kecil’ negara. Saya harap, Keluarga Malaysia di sini terus memanfaatkan keluarga dan masyarakat di Malaysia dengan memaparkan imej positif, dan bukanlah seperti ‘Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang’,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA77) di New York, Amerika Syarikat dari 22 September hingga semalam. – Malaysiapost

Komen