Ulama besar Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

Ulama besar Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

ULAMA tersohor, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, meninggal dunia pada usia 96 tahun, menurut Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (IUMS).

Allahyarham meninggalkan legasi penulisan yang kini menjadi rujukan kepada umat Islam di serata dunia.

“Dunia Islam kehilangan seorang ulama dan guru yang jujur, alim, dihormati lagi disegani,” kata IUMS, yang juga persatuan diasaskan oleh Qaradawi, menerusi Twitter.

Qaradawi dilahirkan di Mesir tetapi menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Qatar, yang mana beliau menetap sehingga akhir hayatnya.

Beliau juga adalah pemimpin Ikhwanul Muslimin, pergerakan sosio politik Islam yang mencetuskan revolusi Mesir pada 2011. – Malaysiapost

Komen