‘Mat Kilau’ bantu Pemuda BN menjelang PRU-15

‘Mat Kilau’ bantu Pemuda BN menjelang PRU-15

HERO filem pecah panggung Mat Kilau, Datuk Adi Putra telah diangkat menjadi ikon Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor dan akan bersama membantu jentera Pemuda BN di negeri-negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pelakon terbabit bagaimanapun tidak dapat bersama dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ni kerana berada di Tanah Suci.

“Insya-Allah beliau bersedia lapangkan masa untuk bantu jentera Pemuda BN di negeri-negeri menjelang PRU-15 nanti,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Asyaf Wajdi berkata, beliau menerima kunjungan pelakon pelakon tersohor terbabit yang juga merupakan sahabatnya dan membincangkan banyak perkara termasuk cabaran mempelbagaikan pendekatan mencanai nilai patriotisme dikalangan anak-anak muda masa kini.

“Hikmah meletopnya filem Mat Kilau banyak membuka mata anak-anak muda untuk menelaah sejarah tanahair dengan penuh penghayatan,” katanya. – Malaysiapost

Komen