Adi Putra, isteri tunai ibadat umrah 

Adi Putra, isteri tunai ibadat umrah 

PELAKON dan hero filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Aida Yusof. 

Menerusi hantaran di Instagram, Adi Putra, 41, memaklumkan beliau kini sudah sampai di Madinah. 

“Alhamdulillah saya sudah sampai di Kota Madinah Al-Munawarah. 

“InsyaAllah saya akan doakan kepada muslimin dan muslimat semoga dipermudahkan segala urusan anda, duniawi dan juga ukhrawi,” katanya dalam sebuah hantaran video. 

Dalam hantaran terbaharunya, Adi Putra juga memuat naik gambar bersama isterinya di depan Masjid Nabawi. 

Sekadar info, sebelum ini Adi Putra pernah menunaikan umrah pada Julai 2013 bersama tiga sahabat yang dikenali sebagai Datuk Muzri, Taufik Nong serta Imam Muda Hizbur. – Malaysiapost

Komen