Anwar mungkin bertanding di kawasan ‘pengkhianat’

Anwar mungkin bertanding di kawasan ‘pengkhianat’

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan beliau akan bertanding di kawasan ‘pengkhianat’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Presiden PKR itu, menegaskan beliau harus memilih kawasan-kawasan berkenaan bagi menunjukkan mesej bahawa pengkhianatan yang dilakukan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Saya bukan takabur…tetapi saya fikir Port Dickson itu bagi saya setakat ini lebih mantap, jauh lebih kuat daripada 2018 kalau saya bertanding.

“Jadi saya harus pilih kawasan-kawasan pengkhianat ini. Saya nak tentukan mesej bahawa pengkhianatan dalam politik atau dalam kehidupan adalah hal yang tidak boleh diterima.

“Anda khianat amanah, anda khianat rakyat yang memilih..kerana semata-mata dana dan kedudukan. Jadi saya kemungkinan besar akan memilih kerusi-kerusi khianat,” katanya dalam sesi sembang kencang anjuran Kelab Wartawan KLS, malam ini.

Gambaran dibuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menunjukkan kemungkinan beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Gombak, yang disandang bekas Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – Malaysiapost

Komen