Ceroboh perairan Malaysia, 2 bot Vietnam bersama 19 nelayan ditahan

Ceroboh perairan Malaysia, 2 bot Vietnam bersama 19 nelayan ditahan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing bersama Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua bot nelayan asing Vietnam bersama 19 kru di kedudukan 12.8 batu nautika timur laut Pulau Aur, Mersing pada jam 2.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran, berkata kedua-dua bot berkenaan ditahan ketika sedang melakukan aktiviti menunda pukat secara berganding.

“Bertindak hasil aduan makluman awam, bot ronda Zon Maritim Mersing bersama dua bot PPM Mersing ditugaskan ke lokasi aduan dengan segara selepas aduan diterima oleh kru bot memancing yang berada berdekatan dengan pulau tersebut.

Bot nelayan asing Vietnam bersama 19 kru ditahan di kedudukan 12.8 batu nautika timur laut Pulau Aur, Mersing pada jam 2.30 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan ke atas 19 kru termasuk tekong kedua-dua bot nelayan tersebut, mengesyaki mereka adalah warga Vietnam berumur diantara 18 hingga 51 tahun dan gagal mempamerkan pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua bot berkenaan beserta peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan dianggarkan 3,000 kilogram (kg) dan 19 kru ditahan sebelum diiringi masuk ke Jeti Maritim Malaysia Pos Teluk Gading untuk siasatan lanjut.

19 kru ditahan sebelum diiringi masuk ke Jeti Maritim Malaysia Pos Teluk Gading untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, hasil rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM 3.1 juta dan kes akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh serta menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran dari Pengarah Perikanan Malaysia, selain Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Maritim Malaysia secara tegas mengambil serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti pencerobohan vesel penangkapan ikan negara asing bagi mengaut hasil laut dalam perairan negara.

“Seluruh komuniti maritim fiingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan sekiranya gagal tindakan sewajarnya akan dikenakan tindakan sewajarnya. Sebarang aduan jenayah segera hubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404,” katanya. – Malaysiapost

Kredit foto: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Komen