Covid-19: 1,552 kes baharu, 6 kematian semalam 

Covid-19: 1,552 kes baharu, 6 kematian semalam 

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan enam kematian baharu akibat Covid-19 semalam. 

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,363 kes sejak virus tersebut melanda negara. 

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). 

Sementara itu, sebanyak 1,552 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan lima kes import. 

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,834,560 kes. 

Selain itu, seramai 22,741 individu atau 95.2 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). 

Sebanyak 1,096 kes pula dirawat di hospital dan 46 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 26 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen