Hujan lebat, ribut petir di beberapa kawasan pagi ini 

Hujan lebat, ribut petir di beberapa kawasan pagi ini 

RIBUT petir dan hujan lebat diramalkan melanda beberapa kawasan di Utara dan Selatan Semenanjung iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Johor pagi ini. 

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, di Kedah melibatkan Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. 

Katanya, selain itu di Pulau Pinang, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di seluruh kawasan. 

“Johor pula melibatkan Tangkak, Muar, Pontian dan Johor Bahru. 

“Keadaan hujan lebat ini dijangka berlaku sehingga pukul 11 pagi nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

MetMalaysia berkata, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Malaysiapost

Komen