Covid-19: 2,445 kes baharu, 2 kematian semalam

Covid-19: 2,445 kes baharu, 2 kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,365 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiada kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 2,445 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,798,811 kes.

Selain itu, seramai 23,567 individu atau 95.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,105 kes pula dirawat di hospital dan 41 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 22 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen