KJ buat ‘spot check’ di Klinik kesihatan Dengkil

KJ buat ‘spot check’ di Klinik kesihatan Dengkil

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini membuat pemeriksaan mengejut di klinik kesihatan Dengkil.

Beliau berkata, hasil daripada ‘spot check’ yang dilakukan, pihaknya mendapati ada beberapa perkara yang harus ditambahbaik lagi.

“Spot check di klinik kesihatan Dengkil. Walaupun perkhidmatan yang diberikan adalah baik, tapi kawasan sesak, waktu menunggu lama dan parking tak cukup.

“Saya meluluskan segera penambahan bangunan untuk klinik ibu dan anak, mesin ultrasound dan biochem. Banyak pelaburan diperlukan untuk meningkatkan khidmat kesihatan primer,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Malah Khairy juga bersetuju daerah itu mempunyai klinik kesihatan baharu kerana penambahan bangunan yang dicadangkan itu cuma penyelesaian jangka pendek.

“Justeru, klinik kesihatan baharu akan dimohon jua dan seminggu dua lagi akan ada berita baik bagi warga Cyberjaya,” katanya. – Malaysiapost

Komen