Lakonan Puteri Balqis dalam muzik video raih pujian warganet

Lakonan Puteri Balqis dalam muzik video raih pujian warganet

SEJAK kebelakangan ini, nama pelakon remaja Puteri Balqis Azizi atau Aqish, 15, terpalit dengan kontroversi setelah dikatakan menjadi mangsa perlakuan sumbang bapa kandungnya, tidak lama dahulu.

Terkini, penampilan Aqish dalam muzik video Balasan Janji Palsumu nyanyian anak Raja Pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah iaitu Yamani Abdillah, meraih perhatian ramai yang memuji bakat pelakon remaja itu.

Pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-19 pada 2014 tidak lama menyepi, tampil dengan penjiwaan watak yang hebat dalam muzik video tersebut.

Nama Aqish yang sudah tidak asing dengan ‘drama air mata’, sekali lagi berjaya meruntuh hati penonton apabila dikatakan dilihat cukup menjiwai watak dengan diiringi lagu berkenaan.

Difahamkan muzik video Balasan Janji Palsumu mula ditayangkan di laman YouTube jam 5 petang semalam.

Semakan di ruangan komen mendapati rata-rata warga maya memuji kolaborasi nyanyian Yamani dan lakonan Aqish membuatkan mereka ingin menonton muzik video tersebut sehingga tamat. – Malaysiapost.

Komen