Mat Salleh Cari Makan dan keluarga ditemui selamat

Mat Salleh Cari Makan dan keluarga ditemui selamat

“Minta maaf atas kesulitan dan kesusahan semua,” kata personaliti media sosial, Rhys William James.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa dan pasukan penyelamat yang membantunya dan keluarga susulan hilang di Kuala Tahan dekat Jerantut semalam.

“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang hantar mesej dan well wishes. Saya dan family dah ada dalam keadaan selamat.

“Ribuan terima kasih kepada PDRM, Bomba dan semua anggota terlibat. Minta maaf atas kesulitan dan kesusahan semua,” katanya yang dikenali sebagai Mat Salleh Cari Makan menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, media melaporkan pengacara warga Britain, Rhys William James Woodfield atau lebih dikenali ‘Mat Salleh Cari Makan’ serta empat anggota keluarganya dilaporkan hilang sejak kelmarin, ditemukan selamat di Kuala Tahan, Jerantut, petang semalam.

Isterinya, Haigbrown Woodfield, 30, sebelum itu membuat laporan polis mengenai kehilangan Rhys di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, pada 1.30 pagi semalam.

Ketua Polis Jerantut Mazlan Hassan, berkata Rhys, 30, bersama empat anggota keluarganya melancong ke Kuala Tahan sejak 25 September lalu dan menginap di sebuah resort di Kuala Tahan, sepatutnya pulang ke ibu negara, pada 27 September .

Bimbang dengan keselamatan mereka, isterinya melaporkan kehilangan Rhys bersama adik iparnya, Siaw Woodfield, 25, dan Owen Woodfield, 22 termasuk bapa mentuanya, James Woodfield, 62, dan ibu mentuanya, Rachel Anne Woodfield, 60.

Bagaimanapun, Mazlan memaklumkan kesemua mangsa hilang ditemui dalam keadaan selamat di Kawasan Sungai Relok, Kampung Pagi, Ulu Tembeling Jerantut pada 1.10 tengah semalam dan dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Klinik Kuala Tahan. – Malaysiapost

Komen