Sanusi nafi keluar kenyataan ‘kerabat diraja tak wajar pimpin bola sepak’

Sanusi nafi keluar kenyataan ‘kerabat diraja tak wajar pimpin bola sepak’

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan bahawa kerabat diraja tidak wajar memimpin pasukan bola sepak di negara ini.

Ia selepas gambarnya bersama ‘caption’ tertulis “Bola sepak tidak harus dipimpin oleh kerabat diraja” dimuatnaik laman ‘Harimau Selatan X’ di Facebook.

Sambil memuatnaik semula tangkap layar tersebut di Facebooknya, Muhammad Sanusi yang juga Presiden Kedah Darul Aman (KDA) FC berkata beliau tidak pernah menyatakan demikian dan ia ternyata palsu.

“Saya tak katapun apa yang depa (mereka) kata saya kata tu, depa yang kata saya kata tapi saya tak kata apa yang depa kata saya kata tu.

“Depa reka depa pula percaya… tak puas dengan edit gambar, ayat pun depa tolong reka bagi.

“Panaih (panas) takpa… jangan koyak,” tulisnya.

Tangkap layar dikongsi Muhammad Sanusi di Facebooknya.

Sebelum ini Muhammad Sanusi beberapa kali terlibat dengan ‘perbalahan’ dengan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sosial. – Malaysiapost

Komen