Stadium baharu Selangor direka dengan dua fungsi – Amirudin

Stadium baharu Selangor direka dengan dua fungsi – Amirudin

STADIUM baharu Selangor bakal mempunyai dwi fungsi – terbuka dan mampu menjadi stadium tertutup bagi mengendalikan pelbagai acara selain bola sepak.

Ia antara cadangan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam yang dibentangkan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) serta Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) semalam.

Berkongsi mengenainya, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata stadium tersebut bakal.mempunyai kapasiti antara 35,000 hingga 45,000 penonton

Katanya, ciri-ciri lain kompleks sukan itu antaranya 60 peratus kawasan adalah untuk aktiviti sukan dan stadium bertaraf antarabangsa, selain rekabentuk akan mengambil kira dan menyelesaikan masalah trafik, menghubungkan pengangkutan awam, menyelesaikan isu banjir.

Tambahnya, 40 peratus kawasan kompleks akan digunakan bagi ruang rekreasi awam yang mana taman awam, pusat rekreasi dan pembangunan belia turut akan disediakan.

“Orang ramai digalakkan menghantar maklumbalas menerusi emel kssa.maklumbalas@gmail.com

“Satu pameran awam beserta model reka bentuk ini akan diadakan dalam masa terdekat.

“Cadangan ini akan dimuktamadkan setelah mengambil kira faktor kesesuaian serta maklum balas dari rakyat Selangor,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

Komen