Umno pecat Zaharin

Umno pecat Zaharin

DATUK Zaharin Mohd Yasin telah dipecat daripada menjadi keahlian Umno berkuat kuasa serta merta. 

Perkara itu dimaklumkan Setiusaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan yang berkata, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara bersetuju memecat Zaharin sebagai ahli parti itu. 

“Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat MKT memecat Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli Umno berkuat kuasa serta merta mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli Umno di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan Umno,” katanya dalam sidang media di Menara Dato’ Onn, malam ini. 

Sementara itu, mesyuarat MKT menerima perletakan jawatan Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dan merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat yang telah beliau berikan.  

“Sebagai penggantinya, mesyuarat bersetuju untuk melantik Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno yang baru,” katanya. -Malaysiapost

Komen