Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia

Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia

ANAK kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Hammad meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita sedih itu dimaklumkan Zulkifli menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan Allahyarham anaknya itu menghembuskan nafas terakhir jam 5.22 pagi tadi.

“Dengan penuh redha dan sabar, saya maklumkan pemergian anakanda Hammad bin Zulkifli pada jam 5.22 pagi tadi.

“Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini,” tulisnya dalam hantaran itu.

Sementera itu, beliau yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang banyak membantu menguruskan jenazah Allahyarham

“Bagi pihak keluarga, saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di pihak anakanda saya, Hammad.

“InsyaAllah, solat jenazah akan dilaksanakan pada jam 9.45 pagi di Pusat Islam USIM, Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM,” katanya. – Malaysiapost

Komen