Mira Filzah, suami kongsi gambar anak di Instagram

Mira Filzah, suami kongsi gambar anak di Instagram

PELAKON dan pengacara popular, Mira Filzah hari ini mendedahkan wajah anak sulungnya untuk tatapan umum, pagi ini.

Menerusi hantaran Instagramnya, Mira dan suami, Wan Emir Astar memuat naik foto keluarga mereka termasuk mendedahkan wajah Wan Khair Amir.

Malah, pasangan itu menitipkan doa dan pesanan kepada anaknya agar membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air. Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu,” tulis mereka.

Hantaran berkenaan dibanjiri komen netizen termasuk di kalangan selebriti tanah air yang mendoakan kebaikan buat Wan Khair Amir serta memuji kecomelan bayi berkenaan.

Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa muka Wan Khair Amir saling tidak tumpah mengikut wajah Mira.

“MasyaAllah comelnya, semoga Wan Khair Amir membesar menjadi anak yang soleh, anak yang memudahkn dan berjaya dunia akhirat Aamiin Ya Mujib, kata Nurhidayati.

“Barakallahufiik! Comel sangat ni, Segala puji bagi Allah,” tulis Ainaaaaizn. – Malaysiapost

Komen