PAS bincang semula pembubaran DUN 3 negeri

PAS bincang semula pembubaran DUN 3 negeri

PAS akan mengadakan perbincangan semula berhubung pendirian parti itu mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri yang ditadbir mereka.

Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad, berkata perbincangan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Kalau setakat pendirian sebelum ini kita tidak akan bubar (DUN), tapi mungkin akan ada perubahan nanti, namun parti yang akan putuskan nanti.

“Setakat yang diputuskan itu pendirian sehingga Mac dan yang terbaru akan dibincangkan dalam masa terdekat,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ijtimak Pondok Se-Malaysia, malam tadi.

Idris berkata demikian ketika ditanya berhubung keputusan terbaru Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan PAS yang menerajui Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan membubarkan DUN lebih awal daripada Mac tahun depan.

Menurut Takiyuddin, keputusan itu dibuat untuk memberi tumpuan terhadap usaha pemulihan dalam kehidupan rakyat terutama di bidang perekonomian selain kesihatan. – Malaysiapost

Komen