Azi dipercayai sudah pulang ke Kelantan, lokasi masih rahsia

Azi dipercayai sudah pulang ke Kelantan, lokasi masih rahsia

EJEN jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, yang diselamatkan di Thailand selepas dilarikan sekumpulan lelaki di kediamannya di Tumpat lebih dua minggu lalu, sudah dibawa pulang ke Kelantan.

Memetik laporan Berita Harian, wanita berusia 36 tahun yang juga ibu kepada seorang anak itu dikatakan baru tiba di Kelantan hari ini.

Bagaimanapun, Rosnazirah atau lebih dikenali Azi tidak pulang ke kediamannya di Kampung Semat Jal di Wakaf Bharu, Tumpat sebaliknya berada di satu lokasi lain yang tidak didedahkan di sekitar Kota Bharu.

Tinjauan di kediaman keluarga di Kampung Semat Jal, juga mendapati rumah terbabit sunyi tanpa sebarang pergerakan keluar masuk.

Turut kelihatan lima keping kertas bersaiz A4 ditampal pada pagar rumah yang tidak membenarkan pengamal media masuk, selain memaklumkan Azi akan pulang ke rumah hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, dikatakan akan melawat mangsa di Kota Bharu, petang ini – Malaysiapost

Komen