Noh Salleh didakwa meludah ke arah penonton konsert

Noh Salleh didakwa meludah ke arah penonton konsert

VOKALIS Hujan, Noh Salleh sekali lagi mencetus kontroversi apabila dikatakan meludah ke arah penonton ketika persembahan Konsert Hausboom Music 2022, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Sabtu lalu.

Menerusi video dimuat naik di Twitter, penyanyi itu dilihat tanpa rasa bersalah meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan di hadapan ratusan penonton.

Menerusi ruangan kapsyen video pula pemilik akaun @myraibrahim_ menulis “Nasib la siapa kena ludah tu”.

Meninjau komen netizen, ramai meninggalkan maklum balas menyelar sikap tidak senonoh penyanyi yang aktif dengan aktiviti kemanusiaan selain mendesak agar ujian air kencing segera dilakukan terhadapnya.

“Minta AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) pergi buar urine test (ujian air kencing),” tulis @izaanfly

“Lepas dia campak mic stand tu terus meludah. Raingers pula bersorak sakan dengan gelagat bang haji ni,” kata @_norzahir

“Dia ni macam sakit je…,” tulis pemilik akaun @miraeidorae.

“gelinya hahahahah jijik perangai jantan ni,patutlah kena tinggal,”@miqajelita

Sebelum ini, bekas suami aktivisis kemanusiaan Mizz Nina itu pernah mencetuskan kontroversi apabila muncul di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur sambil membawa rokok.

Noh juga dengan selamba menghisap rokok elektronik ketika diwawancara media dalam sebuah majlis. – Malaysiapost

Kredit foto: Vocket

Komen