PM mesyuarat di Parlimen, tidak ke Istana Negara

PM mesyuarat di Parlimen, tidak ke Istana Negara

TIADA aturcara bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan untuk pembubaran Parlimen hari ini.

Menurut salah seorang pegawai khas Perdana Menteri yang enggan namanya didedahkan mendakwa Ismail Sabri dijadualkan untuk menghadiri beberapa mesyuarat di Parlimen hari ini.

“Tiada dalam jadual untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“Jadual Perdana Menteri padat dengan mesyuarat yang dijadualkan di Parlimen,” katanya kepada Malaysiapost.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa laporan portal berita yang mendakwa Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Petuan Agong, hari ini.

Terdahulu hari ini, Sinar Harian melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor akan hadir ke Istana Negara hari ini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon pembubaran Parlimen.

Sinar Harian memetik pendedahan
blogger dan aktivis, Datuk Zaharin Mohd Yasin yang dipecat daripada Umno Jumaat lalu.

“Khabar cerita esok pagi (Isnin) Datuk Seri Ismail Sabri diiringi oleh Datuk Seri Ahmad Maslan mewakili (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi akan pergi ke Istana Negara menghantar surat bagi meminta Parlimen dibubarkan segera,” dakwa Zaharin di Facebooknya.- Malaysiapost

Komen