YB kena pinda Perlembaan elak PRU pada bulan tertentu, sindir Shabery

YB kena pinda Perlembaan elak PRU pada bulan tertentu, sindir Shabery

SEORANG pemimpin Umno menyindir pembangkang yang didaakwa sentiasa mencipta pelbagai alasan untuk mengelak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini termasuk alasan kerana musim perayaan tertentu, selain dikaitkan dengan banjir pada hujung tahun.

“Kan dah kata, mesti ada bising kalau PRU di bulan-bulan ini – Oktober tak hormat Deepavali.
Disember, Krismas. Bulan Januari hingga Februari, Tahun Baru Cina.

“Bulan Mac, Ramadhan Mubarak. April, Adilfitri yang mulia. Bulan Mei, Hari Day dan Pesta Kaamatan. Jun, Hari Raya Haji.

“Elok YB-YB semua segerakan pinda Perlembagaan dilarang berpilihan raya di bulan berkenaan. Termasuk PRK dan PRN,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata PRU15 yang dijangka diadakan lebih awal disifatkan tidak menghormati sambutan perayaan kaum terutama Deepavali, bulan ini.

Siew Fook berkata, jika Parlimen dibubarkan bulan ini, bermakna PRU15 akan diadakan ketika masyarakat India hendak menyambut Deepavali.

Menurutnya, jika PRU15 dilangsung pada Januari pula, masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina dan jika pada April, masyarakat Islam akan menyambut Hari Raya. – Malaysiapost

Komen