Guard of honour untuk JDT di Darul Aman malam ini

Guard of honour untuk JDT di Darul Aman malam ini

KEDAH Darul Aman (KDA FC) akan melakukan ‘guard of honour’ kepada barisan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum aksi kedua-dua pasukan di Stadium Darul Aman, malam ini.

Ia sebagai isyarat penghormatan skuad Hijau Kuning kepada JDT yang telah mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut minggu lalu.

“Isyarat penghormatan dari KDA FC dengan membawa tanda, bola sepak adalah perpaduan dan hormat kepada pasukan lawan.

“Seterusnya membuktikan walaupun bermusuh di atas padang, namun hormat menghormati antara pasukan, penyokong adalah kunci kepada perpaduan sejagat melalui bola sepak.

“Sang Kenari akan melakukan ‘guard of honour; kepada JDT malam ini sebagai penghormatan kepada pasukan Harimau Selatan itu, selepas menjuarai Liga Super 2022,” kata KDA FC menerusi hantaran di Facebooknya.

Guard of honour adalah amalan biasa terutama di Liga Perdana Inggeris oleh pasukan lawan terhadap pasukan juara apabila barisan pemain berarak masuk ke padang.

Sementara itu KDA FC mengalu-alukan kedatangan penyokong Harimau Selatan dan Sang Kenari yang dijangka sekitar 15,000.

“KDA FC mendoakan perlawanan berjalan dengan semangat kesukanan yang tinggi di atas padang dan juga di zon penonton,” katanya. – Malaysiapost

Komen