PDRM sentiasa buat persiapan rapi bagi PRU – Acryl Sani

PDRM sentiasa buat persiapan rapi bagi PRU – Acryl Sani

KESIAPSIAGAAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengahadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah seperti pilihan raya-pilihan raya sebelum ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurutnya, persiapan rapi dilakukan membabitkan sumber manusia dan juga aset-aset bagi tujuan memastikan kelancaran proses demokrasi berkenaan.

“PRU-15 sekarang ini sedang hangar diperkatakan. Sepertimana tahun-tahun terdahulunya, PDRM akan sentiasa membuat persediaan yang rapi berkaitan dengan penggunaan sumber manusia dan juga aset-aset.

“Ini bagi tujuan memastikan kelancaran perjalanan PRU-15. Insya-Allah dengan persiapan yang telah kita laksana dan aturkan, diharapkan pilihan raya ini dapat berjalan dengan lancar, tenteram, aman serta terkawal,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke-75 di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban, Pulau Pinang, hari ini.

Ditanya sama ada PDRM sudah bersedia jika PRU-15 diadakan dalam masa terdekat ini, beliau menegaskan moto PDRM adalah ‘Sedia Berkhidmat’. – Malaysiapost

Komen