Peguam Negara lantikan Tun dulu gugurkan 15 kes penyangak – Isham

Peguam Negara lantikan Tun dulu gugurkan 15 kes penyangak – Isham

SEORANG pemimpin Umno membidas Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang Umno mahu Pilihan Raya Umum (PRU) segera kerana pemimpinnya ingin jadi Perdana Menteri dan boleh mencuri wang rakyat.

Menurut ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil, Umno ketika ini pun pemimpinnya sudah menjadi Perdana Menteri.

Pada masa sama beliau mengingatkan Dr Mahathir bahawa bekas Peguam Negara lantikan beliau ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH), telah menggugurkan 15 kes melibatkan pemimpin gabungan tersebut.

“Tun, sekarang memang dah Umno jadi Perdana Menteri pun.

“Dan yang lantik Tommy Thomas jadi Peguam Negara dan gugurkan 15 kes penyangak dulu Tun lah, Tun lupa ka?,” tulis Isham menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Dr Mahathir menulis di Facebooknya, Umno mahu PRU bukan untuk rakyat, sebaliknya kerana pemimpinnya mahu menjadi Perdana Menteri.

Kata Dr Mahathir, dengan itu mereka boleh mencuri wang rakyat, melantik Peguam Negara yang boleh melindungi penyangak. – Malaysiapost

Komen