Tinggalkan PN jika mahu bersama Umno, kata Zahid kepada PAS

Tinggalkan PN jika mahu bersama Umno, kata Zahid kepada PAS

TINGGALKAN Perikana Nasional (PN), itu syarat ditetapkan Umno kepada PAS jika mahu bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata syarat itu telah disampaikan beliau dalam pertemuan dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Katanya, Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan mengabsahkan jika PAS mahu bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRU15 sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.

“Tanpa memenuhi syarat-syarat itu, kita (BN) akan bergerak solo. Bukan kerana terlalu yakin, tetapi kita kena bergerak ikut kaedah sendiri untuk hadapi peperangan dalam PRU,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perjumpaan empat peringkat bersama Presiden Umno dan Perdana Menteri di ibu negara hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihaknya tidak menetapkan tarikh tertentu untuk PAS membuat keputusan, namun meminta ia diputuskan secepat mungkin.

Tambahnya, Umno dan BN terbuka jika PAS mahu menggunakan lambang sendiri sekiranya kerjasama kedua-dua parti direalisasikan dalam PRU15.

“Mereka bebas untuk guna lambang parti mereka, kita boleh toleransi termasuk dalam soal kebersamaan jentera untuk hadapi PRU,” katanya lagi. – Malaysiapost

Komen