ASN: Pengiktirafan tertinggi buat Sasterawan – Radzi

ASN: Pengiktirafan tertinggi buat Sasterawan – Radzi

PENGURNIAAN gelaran Sasterawan Negara merupakan pengiktirafan tertinggi kepada pendukung kesusasteraan Melayu di negara ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Malah, beliau juga menyifatkannya sebagai pengiktiran kepada kepada inidvidu terbabit di atas sumbang bakti dalam melestarikan peradaban melalui karya-karya hebat.

“Tahniah Datuk Rahman Shaari kerana terpilih sebagai Sasterawan Negara Ke-15.

“Beliau mula menceburi bidang kesusasteraan pada tahun 1971 dan telah berkarya menerusi sastera, puisi, kritikan, novel, drama dan cerpen,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Radzi turut menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara (ASN) Ke-15 malam tadi.

Malah, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas penganjuran Majlis ASN Ke-15 berkenaan.

Jun lalu, Rahman yang juga penyair terkemuka tanah air diumumkan sebagai Sasterawan Negara Ke-15.

Pemilihan anak kelahiran Kampung Gial, Perlis pada 1949 itu dibuat selepas panel sembilan pakar menilai 12 calon sasterawan tempatan yang menyumbang kepada dunia sastera dan akademik. – Malaysiapost

Komen