Covid-19: 1,483 kes baharu, 5 kematian semalam

Covid-19: 1,483 kes baharu, 5 kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lima kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,385 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,483 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan empat kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,846,592 kes.

Selain itu, seramai 21,958 individu atau 95.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 957 kes pula dirawat di hospital dan 41 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 23 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen