‘Mereka tak berhati perut’

‘Mereka tak berhati perut’

SEORANG pemimpin PKR menyifatkan Umno ‘tidak berhati perut’ kerana tetap mahukan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun ini.

Ini kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil di sebalik banjir yang telah mula melanda beberapa kawasan semalam walaupun musim tengkujuh belum lagi bermula.

“Semalam banyak tempat banjir, termasuk di Ipoh, Jasin dan Lembah Pantai. Ada yang sebentar, ada yang semalaman.

“Mereka yang nak sangat PRU sekarang memang tak berhati perut, tak kisah susah derita rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Semalam Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Umno tetap mahu PRU15 diadakan pada tahun ini juga.

Katanya, beliau yakin Yang di-Pertuan Agong akan memberi perkenan agar Parlimen dibubarkan segera, seterusnya memberi laluan kepada PRU15. – Malaysiapost

Komen