MOF sahkah Bajet 2023 dibentang Jumaat

MOF sahkah Bajet 2023 dibentang Jumaat

KEMENTERIAN Kewangan mengesahkan perbentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 akan dibuat pada Jumaat ini.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah, berkata pembentangan itu dibuat selepas bacaan kali pertama hari ini, di Dewan Rakyat.

“Bacaan kali kedua pada hari Jumaat, 7 Oktober 2022 jam 4 petang,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mengemukakan pertanyaan kepada Shahar bilakah bacaan kali kedua akan dibuat oleh Kementerian Kewangan.

Pagi tadi, RUU berkenaan dibentang untuk bacaan kali pertama oleh Shahar di dalam Dewan Rakyat.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 bagi bacaan kali pertama akan dibentang hari ini di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa pembentangan Bajet 2023 Jumaat ini akan ditangguhkan.

Dakwaan itu timbul selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Jumaat ini bagi memohon pembubaran Parlimen.

Ismail Sabri berkata demikian selepas pertemuan dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi bersama pemimpin Umno bahagian di Pusat Dagangan Dunia (WTC), petang semalam. – Malaysiapost

Komen