FAM bincang potensi kerjasama dengan Qatar

FAM bincang potensi kerjasama dengan Qatar

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM), membincangkan potensi kerjasama dua hala dengan Qatar yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam jangka masa panjang.

Perkara itu dibincangkan oleh Presidennya Datuk Seri Hamidin Mohd Amin ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Persatuan Bolasepak Qatar (QFA), Sheikh Hamad bin Khalifa di pejabatnya di Al-Bidda Tower, Doha, Qatar, semalam.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden QFA yang meluangkan masa beliau untuk membincangkan kemungkinan kerjasama bola sepak dua hala antara Malaysia dan Qatar. 

“Saya yakin ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam jangka masa panjang,” katanya yang dikongsikan di laman Facebook rasmi FAM, hari ini.

Hadir sama dalam pertemuan itu adalah Naib Presiden QFA, Saud Abdulaziz al-Mohannadi dan Setiausaha Agung, Mansour al-Ansari.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak berkongsi pandangan dalam isu kepentingan bersama dan potensi kerjasama membangunkannya demi manfaat positif bola sepak Malaysia dan Qatar. – Malaysiapost 

Komen