Hasnol, isteri sah bercerai, gagal pertahan perkahwinan kali kedua.

Hasnol, isteri sah bercerai, gagal pertahan perkahwinan kali kedua.

PENYANYI, Hasnol Hassan Ariff, dan isterinya Marina Mohin sah bercerai dengan talak satu.

Ini merupakan penceraian kedua buat Hasnol dan isterinya, sejak mereka berkahwin 12 tahun lepas.

Lafaz cerai penyanyi Laguku Untukmu itu, dilakukan di Mahkamah Syariah Daerah Hulu Langat, pada jam 12.18 tengah hari tadi.

Hakim Syarie, Mohd Syafiq Ibrahim mengesahkan lafaz dibuat dan hak penjagaan anak perempuan mereka diserahkan kepada Marina.

Hasnol berkata, dia tidak menolak antara punca perceraian dengan Marina adalah kerana masalah ekonomi dirinya sebagai ketua keluarga.

“Saya mengaku sudah lama tidak mempunyai pendapatan tetap. Mana maruah saya sebagai lelaki kalau tidak dapat menanggung segala-galanya,” lapor Mstar.

Sementara itu, Marina menyifatkan tuduhan punca penceraian mereka disebabkan mengejar kemasyhuran dan populariti adalah fitnah terbesar.

“Saya harap orang di luar tidak sewenang-wenangnya mempercayai secara membuta tuli kenyataan itu,” katanya. – Malaysiapost

Kredit foto: Mstar

Komen