‘Kemaruk kuasa, BN tidak layak jadi pemimpin’ – Guan Eng

‘Kemaruk kuasa, BN tidak layak jadi pemimpin’ – Guan Eng

PENGERUSI DAP Lim Guan Eng menegaskan Barisan Nasional (BN) tidak layak diangkat menjadi pemimpin kerana tidak prihatin dengan nasib rakyat akibat terlalu kemaruk kuasa.

Ahli Parlimen Bagan itu, berkata rakyat ketika ini berdepan pelbagai isu yang memerlukan perhatian kerajaan termasuk kenaikan kos sara hidup dan banjir.

“Demi memuaskan kemaruk kuasa dengan mengadakan pilihan raya tanpa menghiraukan kesusahan rakyat mengharungi kenaikan kos sara hidup dan masalah banjir, mereka ini tidak layak jadi pemimpin rakyat,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.

Terdahulu, Guan Eng menyerahkan peruntukan RM100 kepada penduduk miskin kawasan Parlimen Bagan di Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil, semalam.

Semalam, Malaysiapost melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Memetik sumber kerajaan di Putrajaya, Perdana Menteri dijangka menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira jam 4 petang.

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan tujuan Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, sama ada untuk mempersembahkan laporan Belanjawan 2023 atau memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen. – Malaysiapost

Komen