Lebih 2,000 sekolah, fasiliti awam diwarta sebagai PPS banjir – Mohd Zuki

Lebih 2,000 sekolah, fasiliti awam diwarta sebagai PPS banjir – Mohd Zuki

LEBIH 2,000 sekolah dan fasiliti awam seperti balai raya dan dewan orang ramai sudah digazetkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi kegunaan orang ramai jika negara dilanda banjir.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, langkah kerajaan itu sebagai persediaan menghadapi banjir, yang turut merangkumi kesiapsiagaan ketika serta pasca banjir.

“Ada pengajaran daripada apa yang pernah dilalui daripada (banjir) tahun lalu dan saya melihat dari segi kesediaan agensi terbabit, mereka lebih bersedia kali ini,” lapor Bernama.

Jabatan Meteorologi sebelum ini meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar.

Mohd Zuki berkata, kesiapsiagaan menghadapi banjir turut dilakukan pada peringkat negeri, terutama di negeri sering dilanda banjir.

“Saya percaya semua kementerian juga sudah merangka dan menyusun strategi bagi memastikan tindakan akan diambil kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya tanpa membabitkan sebarang kerenah birokrasi,” katanya. – Malaysiapost

Komen