‘Masihkah kau ingat lagu Jamal Abdillah di Semenyih?’

‘Masihkah kau ingat lagu Jamal Abdillah di Semenyih?’

KETIKA desas-desus Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal berlangsung bila-bila masa, Pemuda Umno mengingatkan rakyat agar tidak sekali lagi terpedaya dengan janji Pakatan Harapan (PH).

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut memuatnaik klip video nyanyian Datuk Jamal Abdillah di pentas ceramah PH ketika Pilihan Raya Kecil (PRN) di Semenyih pada Mac 2019.

Klip video itu bertajuk Kau Lupa Janji itu menyaksikan penyanyi tersohor tersebut menukar lirik, antaranya mengingatkan pemimpin politik agar tidak memungkiri janji kepada pengundi.

“Janji mesti ditetapi, masihkah kau ingat?

“Penyanyi Legenda Jamal Abdillah menyanyi dengan lirik khas yang cukup sinis di hadapan pimpinan PH waktu PRK Semenyih dulu,” tulis Asyraf Wajdi di Facebooknya.

Berikut antara bait-baik lirik lagu nyanyian Jamal dalam klip video tersebut:

“Setiap kali pasti ada yang berjanji, hanya kami yang menanti ditepati.

“Apa saja yang terucap malam ini, tiada niat untuk sakit menyakiti. Kalau menang jangan lupa, jangan sampai kau mungkiri, janganlah kau lupa pada janji.” – Malaysiapost

Komen