PN bincang persiapan PRU15 – Muhyiddin

PN bincang persiapan PRU15 – Muhyiddin

MAJLIS Presiden Perikatan Nasional (PN) hari ini membincangkan berkaitan persiapan jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) peringkat negeri, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan pemimpin kanan parti.

“Tapi bukan baru (mesyuarat PRU), dan bincang beberapa kali tapi hari ini lebih terperinci untuk tentukan. Pertama menyelaraskan semua jentera atas nama PN.

“Dalam mesyuarat PN, kita dah setuju semua jentera di semua peringkat bergerak atas nama PN. Makna gabungan parti yang ada, Bersatu, PAS, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Itu kita tetapkan,” katanya.

Muhyiddin berkata, PN akan meneruskan program Jelajah Prihatin untuk memberikan penerangan dan perincian mengenai pandangan tentang isu semasa, selain manifesto-manifesto bagi PRU15.

Katanya, jelajah akan dibuat di seluruh negara dan diletakkan dibawah Mohamed Azmin, bersama pimpinan parti lain.

“Ketiga kita nak teruskan program gerai prihatin. Ini bagi membantu rakyat yang berdepan masalah bear, kos sara hidup tinggi, inflasi dan sebagainya. Kita dah mula di banyak negeri.

“Kita anak tumpu dalam masa terdekat supaya golongan memerlukan terutamanya B60, bukan lagi B40 sekarang.

“Mereka yang terkesan selepas pandemik kita akan turun dan bantu mereka. ini akan dibuat diseluruh negara,” katanya. – Malaysiapost

Komen