PRU15: Siapa bakal poster boy PH?, soal Nur Jazlan

PRU15: Siapa bakal poster boy PH?, soal Nur Jazlan

SEORANG pemimpin Umno meminta Pakatan Harapan (PH) mengumumkan siapa bakal calon Perdana Menteri gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed turut meminta PH menamakan ‘poster boy’ mereka bagi berdepan PRU15.

“Mesti ramai tertanya-tanya siapakah bakal calon Perdana atau ‘poster man’ yang PH nak letak nanti.

“Nak namakan Anwar (Ibrahim), rakyat dan pengundi sudah lama tak nak kepada bakal ‘PM Ke-10’ itu. Nak letak Rafizi (Ramli) sebagai poster boy memang tak layak langsung.

“Ini masalah PH bila nak memimpin terpaksa cari sampah (bekas) Umno untuk jadi PM. DAP yang dikuasai Cauvinis Cina pun nak pakai Mat Sabu dengan Salahuddin (Ayub) pun tak lepas,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata, Presiden Muda, Syed Saddiq Abdul Rahman juga tidak boleh menjadi calon Perdana Menteri dan ‘poster boy’ kerana tidak diterima PKR.

“Tapi akhirnya Umno juga dipersalah bila rakyat nak beri mandat untuk pimpin semula negara.

“Saya dengar cerita PH dah mula nak bincang bergabung semula dgn Bersatu dan PAS tapi Rafizi keras menolaknya atas dasar tolak pengkhianat.

“Alhamdulillah ada jugak prinsip baik di jiwa Rafizi ini tak macam bos-bos dia dalam PH,” katanya. – Malaysiapost

Komen