Bajet 2023: BKM sebanyak RM2,500 untuk isi rumah anak 5 atau lebih

Bajet 2023: BKM sebanyak RM2,500 untuk isi rumah anak 5 atau lebih

KERAJAAN hari ini bersetuju memperuntukkan RM2,500 bantuan ‘one-off’ melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk isi rumah yang mempunyai lima orang anak atau lebih.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata bantuan diberikan kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan RM2,500 ke bawah.

“Bagi isi rumah sehingga empat anak, layak terima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000.

“Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, yang disiarkan secara langsung hari ini.

Dalam masa sama, Tengku Zafrul berkata bagi warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan terima BKM masing-masing RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan. – Malaysiapost

Komen