Bajet 2023: e-Wallet RM200 untuk belia, M40 bakal peroleh RM100

Bajet 2023: e-Wallet RM200 untuk belia, M40 bakal peroleh RM100

KREDIT e-Wallet bernilai RM100 bakal dinikmati kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, bagi Program e-Pemula, kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-Dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.

Program e-Pemula melibatkan peruntukan RM400 juta. – Malaysiapost

Kredit Foto: Shutterstock

Komen