Bajet 2023: Had pelaburan ASB, ASB2 dinaikkan kepada RM300,000

Bajet 2023: Had pelaburan ASB, ASB2 dinaikkan kepada RM300,000

JUMLAH had pegangan Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, dana pinjaman mudah turut disediakan kepada pelabur dalam ASB.

“Bank Simpanan Nasional (BSN) juga akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk membantu B40 dalam kumpulan Bumiputera melabur dalam ASB dengan tawaran pinjaman pada kadar 1.5 peratus melibatkan dana RM100 juta,” katanya ketika membentang Bajet 2023 hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan belanjawan tahun ini bernilai RM372.3 bilion, iaitu bertambah sebanyak 12 peratus berbanding tahun lalu.

Ia menjadikan belanjawan 2023 merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah. -Malaysiapost

Komen