Bajet 2023: Kesiapsiagaan pertahanan negara tidak dilupakan

Bajet 2023: Kesiapsiagaan pertahanan negara tidak dilupakan

KERAJAAN terus memperkukuh ketenteraman awam dan keselamatan negara apabila Bajet 2023 memperuntukkan RM18.3 bilion dan RM17.4 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, usaha utama kerajaan pada 2023 adalah melaksanakan pembelian dan penyelenggaraan aset Angkatan Tentera (ATM) bagi meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara dengan peruntukan hampir RM4 bilion.

“Kedua, pembelian dan penyelenggaraan aset PDRM bagi meningkatkan keselamatan dalam negeri dengan peruntukan RM431 juta.

“Ketiga, penyelenggaraan semua kapal dan bot APMM bagi memastikan keselamatan kawasan maritim negara dengan peruntukan RM485 juta.

“Keempat, perolehan alat pengimbas badan dan menaik taraf fasiliti di lima penjara antaranya Penjara Seremban, dengan peruntukan RM18 juta dan kelima, penambahan 25 pos kawalan sempadan PGA, Imigresen, ESSCOM, APMM antaranya di Serikin Sarawak dan Lahad Datu Sabah,” katanya di Dew

Komen