Bajet 2023: Pelajar cemerlang tak perlu bayar balik PTPTN

Bajet 2023: Pelajar cemerlang tak perlu bayar balik PTPTN

BAJET 2023 memberikan khabar gembira kepada pelajar yang meminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam ucapan pembentangan Bajet 2023 berkata, pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.

Manakala diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus kepada graduan yang tidak mendapat ijazah kelas pertama.

Dalam pada itu, Elaun Sara Hidup Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dinaikkan RM100 bagi pelajar dan pegawai dalam negara.

Bajet 2023 juga memperuntukkan RM3.8 bilion untuk biasiswa dan pinjaman pendidikan.

“RM6.7 bilion peruntukan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif TVET, melalui Majlis TVET Negara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. – Malaysiapost

Komen