Che Ta bersyukur anak tamat pengajian di kolej 

Che Ta bersyukur anak tamat pengajian di kolej 

PELAKON jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta menzahirkan rasa bangga selepas anak keduanya, Aniq Ezra Azuar Effendy berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di sebuah kolej swasta. 

Che Ta menyifatkan semua usaha keras mencari rezeki untuk membiayai kos pengajian anaknya sangat berbaloi. 

“Berbaloi la mak hang berkepak caqi duit nak bayaq fees Taylor’s University … bukan sikit2 duit chek oiiii. 

“Tapi syukur Alhamdulilah , dengan izin Allah swt double degree dalam tangan,” katanya yang berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi  entri terkini di Instagramnya, hari ini. 

Ibu kepada tiga orang anak itu turut memuat naik beberapa video dan gambar konvokesyen Aniq Ezra. 

Che Ta juga turut berharap agar anaknya itu akan menjadi insan yang berjaya pada masa akan datang. 

“Syukur Aniq berjaya menamatkan pengajian. Ini adalah hasil keikhlasan, kerja keras, dan kesabarannya. Tahniah,” katanya. – Malaysiapost

Komen