Harimau Malaya kini di tangga ke-146 dunia

Harimau Malaya kini di tangga ke-146 dunia

PASUKAN Harimau Malaya kini berada di tangga ke-146 dunia dalam ranking terbaharu dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Kedudukan itu menunjukkan skuad negara berjaya naik dua anak tangga berbanding kedudukan ke-148 dunia pada kemas kini terdahulu pada 25 Ogos 2022.

Berdasarkan kemas kini terbaharu itu, Malaysia mengumpul mata sebanyak 1062.32 dengan peningkatan mata sebanyak 4.73 mata dengan kemas kini seterusnya adalah pada 22 Disember 2022.

Malaysia mengatasi kedudukan beberapa negara jiran terdekat iaitu Indonesia di tangga ke-152, manakala Myanmar di tangga ke-158, Singapura tangga ke-160 dan Kemboja di tangga ke-177 dunia.

Sementara itu Vietnam berada di kedudukan 100 terbaik dunia dengan berada di tangga ke-96 dan Thailand pula berada di tangga ke-111 dunia.

Untuk rekod kedudukan tertinggi pernah dicapai pasukan bola sepak Malaysia adalah di tangga ke-75 dunia dan terendah adalah 178 daripada 211 negara. – Malaysiapost

Komen