Masjid Raja Lumu diiktiraf Masjid Diraja kesembilan 

Masjid Raja Lumu diiktiraf Masjid Diraja kesembilan 

MASJID Raja Lumu di Pekan Kuala Selangor, diiktiraf sebagai Masjid Diraja kesembilan di Selangor. 

Sultan Selangor memperkenankan demikian ketika berangkat hadir ke Majlis Perasmian Masjid itu malam tadi. 

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pada majlis itu juga, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyeru agar rakyat Selangor sentiasa utamakan perpaduan dalam kalangan umat Islam. 

Baginda turut menzahirkan kebimbangan dengan lambakan maklumat tidak tepat yang terlalu terbuka sehingga menimbulkan fitnah serta provokasi dari sesetengah pihak, seterusnya menjerumus kepada pertelingkahan dan perpecahan. 

Baginda bertitah, umat Islam seharusnya mengamalkan sikap bersatu padu, hormat menghormati dan berkasih sayang sekali gus mampu membawa kejayaan menjadi umat yang kuat serta bermaruah. – Malaysiapost

Komen