Tengku Zafrul bentang Bajet 2023 

Tengku Zafrul bentang Bajet 2023 

MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat bermula jam 4 petang tadi. 

Tampil mengenakan baju Melayu lengkap berwarna biru, pembentangan Tengku Zafrul pada Bajet 2023 kali ini dijangka menjadi platform untuk persediaan negara mengharungi ramalan ‘ribut ekonomi’ tahun hadapan. 

Bajet 2023 memberi tumpuan kepada empat agenda iaitu kepada rakyat, perniagaan, ekonomi dan institusi kerajaan. 

Ini kali ketiga Tengku Zafrul membentangkan bajet selepas berbuat demikian dalam Bajet 2021 dan Bajet 2022. 

Bajet 2023 disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan platform media sosial. – Malaysiapost

Komen