Cuaca buruk di 5 negeri

Cuaca buruk di 5 negeri

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri sehingga jam 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam hantaran di Facebook berkata, cuaca buruk itu diramalkan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Sarawak.

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang manakala Sarawak di Sri Aman.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – Malaysiapost

Komen