Malaysia dilantik pengerusi perubahan iklim ASEAN

Malaysia dilantik pengerusi perubahan iklim ASEAN

MALAYSIA dilantik sebagai Pengerusi kumpulan kerja ASEAN mengenai perubahan iklim 2022-2025.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pihaknya menghargai pengiktirafan yang diberikan kepada Malaysia sebagai salah sebuah negara peneraju bagi agenda perubahan iklim di rantau ASEAN.

“Pelantikan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Ke-33 ASEAN Senior Officials on Environment (ASOEN) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Siem Reap, Cambodia pada pada 3 hingga 7 Oktober 2022.

“Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar), Noor Afifah Abdul Razak menyertai mesyuarat tersebut bagi membincangkan kerjasama pemuliharaan alam sekitar dan perubahan iklim dalam kalangan negara ASEAN dan rakan dialog lain seperti Jepun, Kesatuan Eropah (EU) dan Korea

“Tanggungjawab yang lebih besar bagi Malaysia untuk terus memacu peranan agenda kelestarian bukan hanya di Malaysia tetapi juga di rantau ASEAN. Tahniah dan syabas,” katanya. – Malaysiapost

Komen