Covid-19: 1,627 kes baharu, 4 kematian semalam

Covid-19: 1,627 kes baharu, 4 kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan empat kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,398 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,627 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan tiga kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,815,280 kes.

Selain itu, seramai 22,115 individu atau 95.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 963 kes pula dirawat di hospital dan 43 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 27 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen